Covid-19 vs Guru
Perkataan Covid-19 bukan lagi satu perkataan yang baru kepada masyarakat Malaysia pada masa ini. Bagi insan yang bergelar guru tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada murid masing-masing menjadi satu perkara yang harus dilakukan pada masa ini walaupun tidak boleh bersemuka dengan murid. CLASS ONLINE!!! ya saya telah mula belajar dua aplikasi baharu semasa tempoh PKP ini yang membantu saya untuk berjumpa murid saya di alam maya dan menjalankan kelas seperti biasa.
Aplikasi tersebut adalah 'Zoom' dan 'Google Meet'. Saya lebih suka menggunakan Aplikasi Google Meet kerana ia adalah percuma dan tiada sebarang sekatan untuk menggunakanya. Disertakan beberapa gambar yang menunjukkan kelas alam maya saya dengan murid-murid saya. Satu pengalaman yang baru kepada saya sebagai seorang guru. Kelas Sains bersama Murid Tahun 2 Kambar.
No comments:
Post a Comment