Di waktu PKP ini cikgu Subra berharap anda semua sihat dan sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat serta berada di dalam rumah.
Google Classroom menjadi satu perkataan yang popular dikalangan guru, murid dan ibu bapa pada masa sekarang. Statistik menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara lain dalam pencarian Google Classroom di search engine. Ini menunjukkan betapa dedikasi guru-guru di Malaysia mencari jalan penyelesaian untuk mendidik anak murid pada waktu begini.
Tidak kurang juga usaha ibu bapa dan murid untuk tidak ketinggalan dalam menyertai pembelajaran alam maya. Walaubagaimanapun, tidak semua murid dapat menggunakan Google Classroom ini di rumah. Pelbagai faktor menyebabkan kenapa masih terdapat segelintir murid tidak menggunakan Google Classroom antaranya tiada komputer atau laptop, tidak cukup data telefon, tidak tahu cara penggunaan dan sebagainya.
Saya diberi peluang oleh Bernama untuk melontarkan pendapat saya baru-baru ini. Saya berharap lebih ramai murid lagi akan cuba menggunakan google classroom ini untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment